PM Thailand keluar dekri bubar Parlimen

PM Thailand keluar dekri bubar Parlimen

Prayuth Chan-o-cha berkata dekri itu dikemukakan untuk pengesahan diraja.

Pilihan raya Thailand mungkin diadakan pada Mei ini selepas Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha mengeluarkan dekri bagi membubarkan Parlimen. (Gambar AP)
BANGKOK:
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha berkata beliau mengeluarkan dekri bagi membubarkan Parlimen, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada Mei.

Dekri itu dikemukakan untuk pengesahan diraja.

“Kita perlu menunggu sehingga ia disiarkan dalam Warta Diraja,” katanya kepada pemberita di Chiang Mai.

Dekri itu akan dikuat kuasa sebaik sahaja diterbitkan dalam Warta Diraja.

Media tempatan melaporkan perutusan itu mungkin diterbitkan pada 20 Mac.

Parlimen hanya akan melengkapkan penggal empat tahunnya pada 23 Mac.

Di bawah Perlembagaan Thailand, pilihan raya umum akan diadakan sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran parlimen dan tidak melebihi 60 hari.

Bagaimanapun, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas penggal Parlimen berakhir pada 23 Mac.

Tarikh pilihan raya akan diumumkan selepas pembubaran.

Terdapat spekulasi bahawa pilihan raya bakal berlangsung pada 7 Mei atau 14 Mei.

Pilihan raya umum terakhir Thailand berlangsung pada 24 Mac 2019.

Prayuth dijangka bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun had lapan tahun sebagai perdana menteri berakhir pada 2025.

Prayuth, 68, bekas jeneral tentera mengetuai rampasan kuasa tentera pada 2014, akan bertanding di bawah parti baharu Parti Negara Thai Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.