Gabenor wilayah Balkh Afghanistan terbunuh dalam letupan

Gabenor wilayah Balkh Afghanistan terbunuh dalam letupan

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Ini adalah kali pertama pegawai berprofil tinggi menjadi sasaran sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021. (Gambar AP)

MAZAR-I-SHARIF: Gabenor wilayah Balkh utara Afghanistan disahkan terbunuh dalam satu letupan yang menyasarkan pejabatnya di ibu kota wilayah Mazar-i-Sharif pada Khamis.

“Malangnya saya menerima maklumat bahawa Hajji Mullah Mohammad Daud Mazamil terbunuh dalam serangan bunuh diri hari ini,” kata ketua jurucakap kerajaan sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid menerusi platform media sosial.

Menurut polis, letupan berlaku pada 09.27 pagi waktu tempatan di tingkat dua pejabat gabenor apabila seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya, hingga meragut dua nyawa yang lain termasuk Mazamil, lapor Xinhua.

Ini adalah kali pertama pegawai berprofil tinggi menjadi sasaran sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021.

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.