21 maut bot terbalik di Laut Merah

21 maut bot terbalik di Laut Merah

Mereka terbunuh termasuk termasuk 12 wanita dan tujuh kanak-kanak apabila bot membawa 27 penumpang terbalik di utara bandar pelabuhan Hodeidah.

Pihak berkuasa Yaman berkata bot itu dalam perjalanan dari Alluheyah ke Pulau Kamaran untuk menghadiri majlis perkahwinan. (Gambar Bernama)
YAMAN:
Seramai 21 penumpang, termasuk 12 wanita dan tujuh kanak-kanak maut selepas bot dinaiki terbalik di Laut Merah,Yaman pada petang Selasa.

Bot membawa 27 penumpang itu dilaporkan terbalik di luar daerah Alluheyah utara bandar pelabuhan Hodeidah, lapor Xinhua.

Kesemua penumpang dilaporkan dalam perjalanan dari Alluheyah ke Pulau Kamaran, untuk menghadiri majlis perkahwinan.

“Enam lagi penumpang dilaporkan terselamat dan dibawa ke Hospital Al-Thawra di bandar Hodeidah untuk menerima rawatan,” kata pegawai majlis daerah Akram al-Ahdal

Kemalangan dipercayai berpunca akibat angin kencang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.