Ukraine intai mula rundingan sertai EU

Ukraine intai mula rundingan sertai EU

Presiden Volodymyr Zelenskyy menjangkakan rundingan menyertai EU akan dimulakan tahun ini, selepas Ukraine menerima status calon pada Jun tahun lepas.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berterima kasih kepada pegawai EU kerana menyokong negaranya dan mengenakan sekatan ke atas Rusia.
MOSCOW:
Ukraine sedang mengintai untuk memulakan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun ini, berhubung penyertaan negara itu sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU), kata Presiden Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu.

Bercakap pada pertemuan dengan Presiden Parlimen Eropah Roberta Metsola di bandar Lviv, Zelenskyy mengucapkan terima kasih kepada pegawai EU kerana menyokong Ukraine dan mengenakan sekatan ke atas Rusia sambil menyeru untuk mengukuhkan lagi langkah sekatan terhadap Moscow.

“Ukraine sedang berusaha untuk menyelesaikan pelaksanaan cadangan Suruhanjaya Eropah secepat mungkin dan memulakan rundingan menyertai EU tahun ini,” katanya, lapor Agensi Anadolu.

Blok 27 negara itu memberikan status calon kepada Ukraine pada Jun tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.