
Kebakaran berlaku di depoh bahan api syarikat minyak milik kerajaan, Pertamina kira-kira 8.20 malam yang menyebabkan beberapa siri letupan kedengaran hingga kira-kira 1km.
Penduduk di kawasan kejiranan Koja terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas kebakaran merebak, kata Ketua Polis Jakarta Utara Gidion Arif Setyawanan.
Mangsa yang mengalami kecederaan teruk akibat melecur dibawa ke beberapa hospital berdekatan.
Kira-kira 250 anggota bomba, 51 jentera dan puluhan ambulans dihantar ke lokasi kejadian, kata ketua jabatan bomba bandar itu, Satriadi Gunawan.
Pihak berkuasa juga mengerahkan anggota polis dan tentera untuk membatu usaha memadam kebakaran dan memindahkan penduduk. Kebakaran dapat dipadamkan sekitar 10.30 malam.
Jurucakap Pertamina Eko Kristiawan berkata kejadian itu tidak menjejaskan bekalan kerana kebakaran berlaku di kawasan luar laluan saluran paip bahan api.
Pertamina Plumpang mempunyai kapasiti 300,000 kiloliter dan membekalkan 25% keperluan bahan api Indonesia, khususnya untuk kawasan Jabodetabek. Pada 2009 depoh itu pernah mengalami kebakaran yang menyebabkan seorang terbunuh.