Sekurang-kurangnya 26 maut, kereta api bertembung di Greece

Sekurang-kurangnya 26 maut, kereta api bertembung di Greece

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba Vassilis Vathrakogiannis daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Sebuah kereta api penumpang dan tren kargo dilaporkan bertembung di utara Greece menyebabkan sekurang-kurangnya 26 maut. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Sekurang-kurangnya 26 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis, daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan.

Sebanyak 30 ambulans telah dihantar ke tempat kejadian, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.