Parlimen Eropah larang staf guna TikTok

Parlimen Eropah larang staf guna TikTok

Ia menjadi institusi terbaru EU mengeluarkan arahan itu atas sebab keselamatan.

Aplikasi perkongsian video TikTok dimiliki firma China, ByteDance.
BRUSSELS:
Parlimen Eropah mengharamkan kakitangannya menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok atas sebab keselamatan, kata seorang pegawai EU hari ini.

Larangan itu turut terpakai untuk peranti peribadi yang dimuatkan emel parlimen dan akses rangkaian lain, kata pegawai itu. Tambahnya keputusan itu dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Suruhanjaya Eropah dan Majlis EU minggu lalu melarang kakitangan menggunakan TikTok di telefon bimbit mereka, yang mengetengahkan kebimbangan terhadap syarikat dimiliki firma China, ByteDance.

Wujud juga kebimbangan sama ada kerajaan China boleh menggunakan aplikasinya untuk mengumpul data atau mengetengahkan kepentingannya.

Beijing berulang kali menafikan perkara itu.

TikTok diharamkan penggunaannya dalam peranti milik kakitangan kerajaan Senat US, dan Kanada turut membuat keputusan sama semalam.

India juga mengharamkan penggunaan aplikasi itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.