Gempa bumi kuat landa Indonesia

Gempa bumi kuat landa Indonesia

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter pagi tadi namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan. (Gambar Bernama)
JAKARTA:
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia Maluku Utara pagi tadi, manakala tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi itu.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur, kata Abdul Muhari, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai turut merasai gegaran itu,” kata Yusri A Kasim, ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara.

Indonesia terletak di zon terdedah gempa bumi iaitu “Lingkaran Api Pasifik”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.