Lombong runtuh: 2 maut, lebih 50 hilang

Lombong runtuh: 2 maut, lebih 50 hilang

Kejadian berlaku di Alxa League, barat rantau itu sekitar jam 1 petang, menurut laporan CCTV.

Kejadian berlaku di Inner Mongolia. (Gambar Reuters)
BEIJING:
Sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 50 hilang selepas lombong arang batu runtuh di Inner Mongolia, utara China.

Kejadian berlaku di Alxa League, barat rantau itu sekitar jam 1 petang, menurut laporan CCTV.

“Buat masa ini, kejadian mengakibatkan kematian dua orang dan enam cedera, manakala 53 hilang,” lapor CCTV dalam hantaran di media sosial.

Terdahulu hari ini, CCTV melaporkan runtuhan berlaku di “kawasan luas” satu lombong terbuka dikendalikan Xinjing Coal Mining Company.

“Sebilangan pekerja dan kenderaan tertimbus,” lapor badan penyiar itu dengan menambah anggota penyelamat telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Presiden Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa melakukan apa saja untuk mencari dan menyelamat mangsa hilang.

Lapan pasukan penyelamat merangkumi 330 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.