Gempa Turki: Mayat pemain bola sepak Christian Atsu ditemukan dalam runtuhan

Gempa Turki: Mayat pemain bola sepak Christian Atsu ditemukan dalam runtuhan

Keberadaan Atsu menjadi tanda tanya sejak 12 hari lalu, selepas laporan awam mendakwa pemain itu terselamat dan berada di hospital tempatan adalah palsu.

Pemain Ghana dari kelab Süper Lig Turkiye, Hatayspor, Christian Atsu meninggal dunia di bawah runtuhan Kediaman Rönesans di tengah Hatay. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Pemain Ghana dari kelab Süper Lig Turkiye, Hatayspor, Christian Atsu disahkan meninggal dunia dalam gempa bumi yang melanda selatan negara itu pada 6 Feb, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik kenyataan kelabnya pada Sabtu.

Hatayaspor memaklumkan mayat Atsu ditemukan di bawah runtuhan bangunan.

“Pemain bola sepak kami Christian Atsu, kehilangan nyawanya di bawah runtuhan dan telah dihantar pulang ke tanah airnya, Ghana,” menurut ciapan Hatayaspor di Twitter.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Turkiye menerusi ciapan di Twitter: “Kami sangat sedih mengetahui kematian Christian Atsu.”

Keberadaan Atsu menjadi tanda tanya sejak 12 hari lalu, selepas laporan awam mendakwa pemain itu terselamat dan berada di hospital tempatan adalah palsu.

Atsu meninggal dunia di bawah runtuhan Kediaman Rönesans di tengah Hatay.

Kontraktor bangunan berkenaan ditahan minggu lalu susulan runtuhan bangunan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.