8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru

8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan lumpur dan batu menimbus laluan termasuk rumah pasang siap di daerah Mariano Nicolas Valcarcel.

Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan beberapa komuniti di Peru, termasuk komuniti perlombongan San Martin dan Miski. (Gambar Facebook)
LIMA:
Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN) pada Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima masih hilang selepas banjir lumpur melanda perkampungan di Camana dalam wilayah selatan Arequipa, Peru.

Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan beberapa komuniti, termasuk komuniti perlombongan San Martin dan Miski; Pampaylima; Venado de Oro; Infiernillo; dan Secocha, kesemuanya terletak di daerah Mariano Nicolas Valcarcel, lapor Xinhua.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan lumpur dan batu menimbus laluan, termasuk menjejaskan rumah pasang siap.

Pihak berkuasa tempatan meminta bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada komuniti yang terputus hubungan selepas banjir menjejaskan lebuh raya Secocha-San Martin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.