25 maut bas jatuh gaung di Peru

25 maut bas jatuh gaung di Peru

Bas berkenaan membawa 60 penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Talara, barat laut Peru.

Sekurang-kurangnya 25 mangsa meninggal dunia selepas bas dinaiki terjunam ke dalam gaung di lebuh raya Panamericana Norte yang menghubungkan daerah El Alto dan Los Organos, Peru. (Gambar Twitter)
BANDARAYA MEXICO:
Sebuah bas membawa 60 penumbang terjunam ke dalam gaung di barat laut Peru, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 mangsa, lapor penyiar RPP (Radio Programas del Peru).

Kemalangan berlaku pada awal pagi Sabtu di wilayah Talara, lebuh raya Panamericana Norte yang menghubungkan daerah El Alto dan Los Organos, lapor Sputnik.

Punca sebenar tragedi masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.