9 terbunuh dalam insiden tembak di kelab tarian Los Angeles

9 terbunuh dalam insiden tembak di kelab tarian Los Angeles

Insiden berlaku ketika acara sambutan Tahun Baharu Cina.

Sekurang-kurangnya 9 maut di sebuah kelab tarian di Monterey Park, yang terletak di timur bandar California. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di sebuah kelab tarian dekat Los Angeles yang menganjurkan acara sempena sambutan Tahun Baharu China, lapor Agensi Anadolu.

Insiden itu berlaku kira-kira 10.20 malam waktu tempatan di Monterey Park pada Sabtu, lapor akhbar tempatan LA Daily News memetik Timbalan Syerif Tracy Koerner dari Jabatan Syerif Kaunti Los Angeles.

Terletak di bahagian timur bandar California, Monterey Park mempunyai populasi 61,000 dengan kira-kira 65% penduduk berketurunan Asia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.