1 maut, 60 cedera rempuhan penyokong di Iraq

1 maut, 60 cedera rempuhan penyokong di Iraq

Sumber perubatan berkata, sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian berlaku ketika ribuan penyokong hadir untuk menonton perlawanan akhir Piala Teluk Arab antara Iraq bertemu Oman di Bandar Basra. (Gambar AP)
BAGHDAD:
Seorang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam rempuhan di kawasan stadium di selatan Iraq, ketika peminat bola sepak membanjiri kawasan itu untuk menonton aksi pasukan kebangsaan mereka pada Khamis.

Agensi berita Iraq memetik sumber perubatan berkata, sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Iraq bertemu Oman dalam perlawanan akhir Piala Teluk Arab di Bandar Basra.

Video dalam talian menunjukkan orang ramai di luar stadium.

Dua minggu lepas, Presiden FIFA Gianni Infantino menghadiri perlawanan pembukaan Piala Teluk Arab ke-25 di Basra.

Iraq menganjurkan kejohanan lapan pasukan itu buat kali pertama sejak 1979.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.