20 mangsa serangan bom di Kabul

20 mangsa serangan bom di Kabul

Pengebom meletupkan dirinya berhampiran kementerian luar negara di ibu negara Afghanistan mengakibatkan lebih 20 orang cedera atau maut.

Serangan bom banyak berlaku di Kabul kebelakangan ini yang diakui dilaksanakan kumpulan Islamic State. (Gambar AP)
KABUL:
Seorang pengebom meletupkan dirinya berhampiran kementerian luar negara di ibu negara Afghanistan mengakibatkan lebih 20 orang cedera atau maut.

Gambar tempat kejadian menunjukkan mangsa terbaring dalam salji di jalan raya di luar bangunan di Kabul itu.

Pemandu AFP Jamshed Karimi berkata: “Saya tidak tahu berapa ramai cedera atau maut. Saya melihat lelaki itu meletupkan dirinya.”

Jurucakap polis Kabul Khalid Zadran mengesahkan kejadian itu.

“Pasukan keselamatan telah berada di tempat kejadian,” katanya di Twitter.

Taliban mendakwa keselamatan semakin pulih sejak kembali berkuasa di negara itu pada Ogos 2021. Bagaimanapun puluhan letupan bom dan serangan dilaksanakan dalam tempoh itu yang diakui dilakukan kumpulan Islamic State.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.