1 sukarelawan pertahanan maut dalam serangan di Narathiwat

1 sukarelawan pertahanan maut dalam serangan di Narathiwat

Kejadian pada pagi Rabu itu turut menyebabkan dua lagi anggota sukarelawan pertahanan cedera.

Polis Narathiwat berkata penyerang meletupkan sebutir bom buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan sukarelawan pertahanan itu.
NARATHIWAT:
Seorang anggota sukarelawan pertahanan maut manakala dua lagi cedera parah dalam serangan hendap di Narathiwat, Thailand pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Narathiwat Suthon Sukwiset berkata kejadian berlaku kira-kira 8 pagi (waktu tempatan), ketika lapan anggota sukarelawan pertahanan menaiki empat buah motosikal dalam perjalanan pulang ke markas selepas selesai menjalani kawalan keselamatan di sebuah sekolah di daerah Si Sakhon.

“Sekumpulan individu bersenjata bertindak meletupkan sebutir bom buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan sukarelawan pertahanan itu.

“Seorang sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.

“Mangsa yang cedera akibat letupan turut terkena tembakan dan senjata mereka dirampas suspek,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri.

Anggota sukarelawan yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Si Sakhon dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.