China: 17 maut, 22 cedera lori rempuh kumpulan berkabung di kremotarium

China: 17 maut, 22 cedera lori rempuh kumpulan berkabung di kremotarium

Kejadian itu berlaku sejurus tengah malam Sabtu di kampung Taoling, kira-kira 30 kilometer tenggara bandar Nanchang di wilayah Jiangxi.

17 maut selepas kumpulan yang sedang berkabung dirempuh sebuah lori di wilayah Jiangxi, China. (Gambar AFP)
BEIJING:
Seramai 17 maut manakala 22 lagi cedera selepas sebuah lori merempuh sekumpulan orang yang sedang berkabung di luar sebuah krematorium, di tenggara China, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik Xinhua pada Ahad.

Kejadian itu berlaku sejurus tengah malam Sabtu di kampung Taoling, kira-kira 30 kilometer tenggara bandar Nanchang di wilayah Jiangxi.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Laporan media tempatan itu tidak menyebut sama ada krematorium itu sesak susulan gelombang jangkitan yang sedang melanda China.

Selepas hampir tiga tahun sekatan, ujian saringan dan kuarantin mandatori, China telah menarik balik dasar “sifar Covid-19” pada 7 Dis. Sejak itu, negara paling ramai penduduk di dunia itu telah menyaksikan peningkatan jumlah jangkitan.

Hospital dilaporkan penuh manakala krematorium berdepan dengan peningkatan permintaan.

Menurut anggaran, puluhan ribu orang mungkin maut setakat ini dan Beijing juga tidak lagi mengeluarkan maklumat mengenai jumlah kes harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.