Menteri pertahanan cuti bapa, Finland lantik penyandang sementara

Menteri pertahanan cuti bapa, Finland lantik penyandang sementara

Sementara Antti Kaikkonen cuti, Mikko Savola akan memikul tugas sebagai menteri pertahanan, kata kerajaan Finland.

Menteri Pertahanan Finland Antti Kaikkonen (dua dari kanan) akan mengambil cuti bapa dan tugasnya akan dipikul penyandang sementara. (Gambar AP)
HELSINKI:
Finland akan melantik menteri pertahanan sementara pada Khamis selepas penyandang jawatan tersebut mengumumkan akan mengambil cuti selama dua bulan untuk menjaga bayinya yang berusia enam bulan.

Antti Kaikkonen, 48, ialah menteri lelaki pertama di Finland yang mengambil cuti sebagai bapa selama dua minggu pada 2020 selepas kelahiran anak sulungnya.

Penyerahan tugas ini berlaku di tengah-tengah usaha Finland menyertai pakatan ketenteraan barat Nato, yang terhalang oleh keengganan Turki menerima penyertaan Finland dan negara jirannya, Sweden. Namun, kata Kaikkonen, keselamatan Finland akan terjaga dengan baik sementara ketiadaannya.

“Anak-anak hanya kecil untuk sementara waktu dan saya mahu ingat waktu itu dengan cara lain juga selain gambar,” kata Kaikkonen di Twitter ketika mengumumkan perancangannya pada Disember.

Undang-undang Finland tidak mengiktiraf cuti bapa untuk menteri. Kaikkonen terpaksa meletak jawatan, tetapi dilantik semula selepas beliau kembali pada Mac.

Sementara beliau cuti, Mikko Savola akan memikul tugas sebagai menteri pertahanan, kata kerajaan.

Ini kali keenam menteri mengambil cuti ibu bapa sejak gabungan pimpinan ahli Demokrat Sosial Sanna Marin memerintah pada 2019.

Marin, yang menjadi perdana menteri termuda di dunia apabila dilantik pada 2019 ketika berusia 34 tahun, berikrar menganjurkan kesaksamaan jantina di Finland.

Pada 2020, kerajaannya menggandakan tempoh cuti untuk bapa kepada hampir tujuh bulan, selaras dengan cuti bersalin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.