Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine

Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine

Pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.

MOSCOW:
Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Ukraine pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.

Bagaimanapun tiada amaran dikeluarkan di Crimea.

Krisis di Ukraine kini berlanjutan selama hampir 10 bulan. Amaran serangan udara dikeluarkan hampir setiap hari di Ukraine selepas insiden pada 8 Okt lalu merosakkan Jambatan Kerch yang menghubungkan Rusia dengan Semenanjung Crimea.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.