Rundingan perjanjian pandemik global bermula Februari, kata WHO

Rundingan perjanjian pandemik global bermula Februari, kata WHO

Perkara itu diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas berlangsungnya perbincangan selama tiga hari di Geneva.

Covid-19 muncul di China sebelum ia merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan pandemik terburuk pada abad ini. (Gambar AP )
GENEVA:
Rundingan mengenai draf perjanjian global bagi memerangi pandemik seterusnya secara lebih baik akan bermula pada Februari tahun depan.

Perkara itu diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas berlangsungnya perbincangan selama tiga hari di Geneva.

Isnin lalu, 194 negara anggota WHO telah membatalkan perjanjian pandemik bertujuan memastikan tindak balas yang salah sehingga menjadikan Covid19 satu krisis global tidak berulang.

WHO dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada hari terakhir rundingan, mereka ‘bersetuju membangunkan draf pertama perjanjian yang mengikat secara sah dan direka untuk melindungi dunia daripada wabak pada masa akan datang.

‘Draf sifar’ perjanjian pandemik yang berakar umbi dalam Perlembagaan WHO akan dibincangkan pada 27 Feb 2023,” kata kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum ulang tahun ketiga tercetusnya Covid-19 di China sebelum ia merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan pandemik terburuk pada abad ini.

Virus itu telah mengorbankan 6.6 juta orang, menyebabkan perbelanjaan negara mencecah sehingga trilion dolar dan mendedahkan ketidaksamaan dalam akses kepada penjagaan kesihatan dan perubatan di seluruh dunia.

“Kesan wabak itu ke atas kehidupan manusia, ekonomi dan masyarakat pada umumnya tidak boleh dilupakan,” kata ahli badan perundingan WHO dari Afrika Selatan, Precious Matsoso.

Beliau turut terbabit dalam usaha menyiapkan draf itu.

“Peluang terbaik yang kita ada sebagai komuniti global hari ini untuk mengelakkan kejadian masa lalu berulang adalah dengan bersatu… dan membangunkan perjanjian global yang melindungi masyarakat daripada ancaman pandemik masa depan,” katanya.

Tambahnya, ‘draf sifar’ konsep ini perlu mengukuhkan kesediaan negara sambil mengambil kira isu ekuiti.

Cabaran akhirnya adalah dalam mencari keseimbangan dan bagi menyediakan rangka perjanjian yang boleh dipersetujui semua negara.

Perunding utama Amerika Syarikat (AS), Pamela Hamamoto, berkata ‘terdapat banyak yang perlu diubah’ sebelum negara itu menandatangani draf berkenaan.

Beliau berkata, Washington mahu melihat ketelusan dalam perjanjian itu, seperti janji untuk perkongsian data yang pantas dan komprehensif antara negara.

Proses untuk mencapai persetujuan telah dilancarkan pada penghujung tahun 2021, dengan rancangan untuk menerima pakai teks yang mengikat secara sah menjelang musim bunga tahun 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.