Gempa bumi 6.1 skala Richter landa Jawa Barat

Gempa bumi 6.1 skala Richter landa Jawa Barat

Gempa dilaporkan berlaku pada 7.50 pagi waktu tempatan, namun tiada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Pusat gempa dilaporkan di 22km tenggara bandar Sukabumi, Jawa Barat pada kedalaman 104 km. (Gambar AP)
JAKARTA:
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan bandar Sukabumi di Jawa Barat pada Khamis, menurut Agensi Geofizik Indonesia (BMKG).

Gempa berlaku pada 7.50 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dilaporkan di 22km tenggara bandar pada kedalaman 104 km.

Gegaran turut dirasai di Jakarta Selatan, iaitu kira-kira 92 km dari pusat gempa.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan mahupun kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.