
Reserve Bank of India (RBI) selepas mesyuarat jawatankuasa dasar monetarinya (MPC) memutuskan untuk meningkatkan kadar dasar repo sebanyak 35 mata asas kepada 6.25% berkuat kuasa serta-merta, kata gabenor bank pusat Shaktikanta Das dalam satu kenyataan.
Beliau berkata MPC berpandangan bahawa tindakan dasar monetari yang ditentukur selanjutnya wajar untuk mengekalkan jangkaan inflasi, menurunkan inflasi teras serta mengekalkan kesan pusingan kedua.
Ini merupakan kenaikan kadar faedah kelima berturut-turut India.
Beliau menjangkakan inflasi kekal lebih tinggi dalam tempoh 12 bulan akan datang berbanding sasaran 4% bank itu.
Inflasi keseluruhan diunjurkan pada 6.7% pada tahun fiskal 2022-23 (April-Mac).
Das berkata ekonomi India kekal berdaya tahan di tengah-tengah persekitaran antarabangsa yang tidak menentu ekoran Covid-19 serta konflik Rusia-Ukraine.
“Jaminan makanan dan tenaga serta perubahan iklim kini menjadi cabaran terbesar kepada dunia,” katanya.