Gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi di Itali

Gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi di Itali

Gegaran berukuran 4.6 itu mencetuskan gelombang ombak besar setinggi satu meter setengah berpunca daripada serpihan bahagian dinding Sciara del Fuoco pecah lalu jatuh ke laut.

Amaran jingga dikeluarkan ekoran aktiviti gunung berapi manakala jabatan Perlindungan Awam turut mengeluarkan amaran awal. (Gambar Wikipedia)
ROM:
Gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi melanda pulau ikonik Stromboli Itali pada Ahad.

Gegaran berukuran 4.6 itu mencetuskan gelombang tsunami di pulau Aeolian pada ketinggian kira-kira satu meter setengah, namun tidak sampai ke pantai, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).

Gelombang ombak besar itu dilaporkan berpunca daripada serpihan bahagian dinding Sciara del Fuoco pecah lalu jatuh ke laut.

Penggera berbunyi di pulau itu dan menurut laporan Perlindungan Awam, tiada kerosakan dilaporkan.

ANSA melaporkan letusan daripada bahagian tenggara gunung berapi yang sangat aktif itu berterusan pada Isnin dengan lava mengalir ke laut dan tenggelam dalam kawasan perairan.

Amaran jingga dikeluarkan ekoran aktiviti gunung berapi manakala jabatan Perlindungan Awam turut mengeluarkan amaran awal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.