
Agensi mitigasi bencana Indonesia, BNPB, memberi amaran kepada penduduk supaya tidak melakukan sebarang aktiviti dalam jarak 5km dari pusat letusan dan menjauhi 500m dari tebing sungai disebabkan risiko aliran lahar.
Agensi Meteorologi Jepun berkata, mereka sedang memantau kemungkinan berlaku tsunami di sana susulan letusan itu, lapor NHK.
Gunung berapi itu mula meletus pada 2.26 pagi, kata BNPB dalam kenyataan. Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan awan abu kelabu di kawasan berhampiran.
BNPB tidak segera bertindak balas terhadap amaran Jepun mengenai risiko tsunami.
Pihak berkuasa Indonesia telah mengedarkan pelitup muka kepada penduduk tempatan, menurut BNPB.
Aktiviti gunung berapi kekal pada tahap III, di bawah paras tertinggi IV, tambahnya.
Dengan 142 gunung berapi, Indonesia mempunyai populasi terbesar di dunia yang tinggal dalam jarak dekat dengan gunung berapi, termasuk 8.6 juta dalam jarak 10km.