
Dua beradik lelaki berusia 20-an maut berhampiran Ramallah, manakala seorang lagi lelaki mati ditembak di kepalanya di Beit Ummar berhampiran Hebron ketika bertempur dengan anggota keselamatan Israel, kata kementerian kesihatan Palestin.
Tentera Israel mengesahkan dua kejadian itu, dan akan menyiasat perkara itu.
Sementara itu, seorang askar wanita Israel cedera ringan dalam serangan berhampiran Kochav Yaakov berhampiran Ramallah. Penyerang berbangsa Palestin dalam kejadian itu ditembak mati.
Video yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dipandu laju ke arah askar berkenaan yang sedang berjalan di kaki lima.
Kementerian kesihatan Palestin berkata 205 orang Palestin telah dibunuh tahun ini, termasuk mereka yang maut ketika konflik di Gaza pada Ogos lalu.