Taiwan: Parti DPP kalah besar dalam pilihan raya tempatan

Taiwan: Parti DPP kalah besar dalam pilihan raya tempatan

Kekalahan itu menyaksikan Tsai Ing-wen meletakkan jawatan sebagai ketua parti pemerintah.

Tsai Ing-wen meletakkan jawatan sebagai ketua parti pemerintah selepas Parti Progresif Demokratik (DPP) kalah besar pada pilihan raya tempatan. (Gambar AP)
BEIJING:
Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan presiden Tsai Ing-wen, mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya tempatan, pada Sabtu.

Berikutan kekalahan itu, Tsai meletakkan jawatan sebagai ketua parti pemerintah. DPP sekadar menang lima kerusi datuk bandar dan ketua daerah lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Pusat Taiwan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat pulau itu, peratusan keluar mengundi ialah 60% menyaksikan rakyat mengundi untuk 11,000 jawatan kerajaan tempatan termasuk jawatan tertinggi di 21 bandar dan daerah Taiwan.

Parti Nasionalis China (KMT atau Kuomintang) menang di 13 bandar dan daerah (termasuk kerusi datuk bandar utama di Taipei, Taoyuan dan Keelung).

Parti itu juga dijangka menang di bandar Chiayi, tempat pemilihan datuk bandar yang ditangguhkan sehingga 18 Dis selepas seorang calon meninggal dunia pada awal bulan ini.

Calon yang berjaya dipilih akan memulakan tugas pada 25 Dis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.