
Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen, dan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, yang berada di negara itu menyaksikan majlis menandatangani dokumen berkenaan selepas pertemuan mereka di Istana Keamanan, kata Eang Sophalleth, pembantu peribadi Hun Sen.
Dokumen itu antara lain meliputi kerjasama dua hala dalam pengangkutan rentas sempadan, pertanian, promosi perdagangan di sepanjang sempadan, media, telekomunikasi, teknologi maklumat dan komunikasi, agama, buruh dan perbankan, Xinhua memetik beliau sebagai berkata.
Dalam rundingan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai beberapa isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian dan kepentingan bersama.
Perdana menteri Vietnam tiba di Phnom Penh pada pagi Selasa untuk lawatan rasmi dua hari.