Korban tanah runtuh di Venezuela meningkat 43 orang

Korban tanah runtuh di Venezuela meningkat 43 orang

Kerajaan negara itu menjangkakan angka korban mampu melonjak hampir 100 orang dalam kejadian tanah runtuh di Las Tejerias.

Kejadian tanah runtuh di Las Tejerias, Aragua, Venezuela menyebabkan 56 mangsa masih belum ditemui. (Gambar AP)
BANDARAYA MEXICO:
Timbalan Presiden Venezuela Delcy Rodriguez berkata kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda bandar Las Tejerias, Aragua telah mengorbankan 43 orang dan angka kematian dikhuatiri terus meningkat.

Rodriguez mengumumkan perkara berkenaan semasa bersiaran langsung dari lokasi itu, lapor Agensi Anadolu.

Taklimat itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Nicholas Maduro mendedahkan bahawa 39 orang disahkan terkorban, manakala 56 masih hilang.

“Kami menjangkakan angka korban hampir 100 orang dalam tragedi ini,” kata Rodriguez.

Pihak berkuasa memaklumkan bekalan air bersih serta 300 tan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Rodriguez juga memaklumkan bahawa 95% daripada grid kuasa dan lapan daripada 19 telaga air berjaya dipulihkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.