
Menurut laporan Jakarta Post, tragedi itu berlaku sejurus selepas perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya tamat di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Nico Afinta berkata, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas penyokong Arema yang tewas 3-2, memasuki kawasan padang untuk bertemu pemain dan pegawai.
Katanya, gas pemedih mata menyukarkan penyokong bernafas dalam suasana kelam-kabut yang seterusnya menyebabkan mereka terpijak dan berhimpit sesama sendiri.

Beliau berkata, kira-kira 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang.
Menurutnya, 34 maut di stadium dan selebihnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, termasuk dua anggota polis.