Gempa bumi 6.0 skala Richter landa barat Indonesia

Gempa bumi 6.0 skala Richter landa barat Indonesia

Dua gegaran susulan turut direkodkan, masing-masing berukuran 5.1 dan 5.0 pada skala Richter, namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Gempa bumi berlaku pada 2.28 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa berada 15km barat laut daerah Tapanuli Utara dan kedalaman 10km.
JAKARTA:
Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara Indonesia awal pagi tadi, menurut pihak berkuasa.

Gempa berlaku pada 2.28 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa berada 15km barat laut daerah Tapanuli Utara dan kedalaman 10km, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.

Dua gegaran susulan turut direkodkan, masing-masing berukuran 5.1 dan 5.0 pada skala Richter, namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kematian, termasuk di kawasan paling terjejas teruk di daerah Tapanuli Utara, kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Pulau Nias wilayah Sumatera Utara Agus Wibisono kepada Xinhua.

Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran di wilayah Aceh, menurut agensi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.