4 rantau Ukraine jadi milik Rusia

4 rantau Ukraine jadi milik Rusia

Presiden Vladimir Putin akan mengadakan majlis di Kremlin pada Jumaat bagi mengisytiharkan Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson rasmi milik Rusia.

Presiden Vladimir Putin akan menandatangani perjanjian untuk penambahan wilayah baharu ke dalam Rusia. (Gambar AP)
LONDON:
Presiden Vladimir Putin akan mula secara rasmi mengambil 15% daripada kawasan Ukraine, dengan majlis diadakan di Kremlin untuk mengisytiharkan empat rantaunya sebagai milik Rusia.

Jurucakapnya Dmitry Peskov berkata, majlis itu akan diadakan pada jam 3 petang (waktu tempatan) Jumaat, di Dewan St George, Istana Kremlin, bagi “menandatangani perjanjian mengenai kemasukan wilayah baharu ke dalam Persekutuan Rusia.”

Perjanjian akan ditandatangani “dengan semua empat rantau yang mengadakan referendum dan membuat permohonan berkaitan kepada pihak Rusia,” kata Peskov.

Ukraine dan negara Barat menolak hasil undian berkenaan sebagai penipuan dan paksaan, di empat rantau yang dijajah itu – Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson – tujuh bulan selepas Moscow melancarkan serangan.

Keputusan memasukkan kawasan terlibat ke dalam Rusia bererti Moscow merampas kawasan di timur dan selatan Ukraine kira-kira sebesar Portugal. Ini sebagai tambahan kepada Semenanjung Crimea yang juga dirampas dari Ukraine pada 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.