
Proses undian dilaksanakan di empat rantau – Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson – dalam tempoh lima hari, yang merangkumi kira-kira 15% dari wilayah Ukraine.
Ia membuka jalan untuk Presiden Vladimir Putin merampas empat rantau itu, seterusnya sebarang cubaan Ukraine untuk mendapatkannya kembali boleh dilihat sebagai serangan terhadap Moscow sendiri. Beliau pada 21 September lalu menyuarakan kesediaan menggunakan senjata nuklear untuk mempertahankan “integriti wilayah” Rusia.
Ukraine berulang kali memberi amaran bahawa sebarang rampasan rantaunya oleh Rusia akan memusnahkan sebarang usaha rundingan aman.
RIA berkata, kiraan awal menunjukkan majoriti dari 96.7% di Kherson berdasarkan 14% undian dikira, hingga 98.19% di Zaporizhzhia berdasarkan 18% undian dikira.