Pakistan bimbang kebangkitan Islamofobia di Eropah

Pakistan bimbang kebangkitan Islamofobia di Eropah

Mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap sentimen anti-Islam, ucapan menghina dan ekstremisme sayap kanan.

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari berkata, Islamofobia kini menjadi endemik di beberapa negara di seluruh dunia. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Pakistan menyuarakan kebimbangannya mengenai kebangkitan Islamofobia terhadap umat Islam di Eropah dalam mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mesyuarat itu berlangsung di New York pada Isnin lalu atas permintaan Turki, di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-77.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari berkata, Islamofobia kini menjadi endemik di beberapa negara di seluruh dunia.

Mesyuarat itu yang dipengerusikan Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai isu sentimen anti-Islam, ucapan menghina dan ekstremisme sayap kanan.

Pada sesi OIC berasingan mengenai Palestin, menteri luar Pakistan membangkitkan isu pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh oleh Israel pada Mei lalu.

Bilawal mengecam pembunuhan berterusan ke atas orang awam Palestin, pemusnahan rumah dan pencerobohan Masjid Al Aqsa oleh Israel, menurut Kementerian Luar Pakistan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.