9 maut dalam runtuhan gudang di Brazil

9 maut dalam runtuhan gudang di Brazil

Tragedi itu berlaku semalam semasa lawatan dua calon kongres.

Calon kongres, Jones Donizette menerusi catatan di Facebook berkata, beliau antara mangsa yang diselamatkan dalam runtuhan gudang itu. (Gambar Facebook)
SAO PAULO:
Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas sebahagian daripada sebuah gudang dekat bandar Sao Paulo runtuh semalam, semasa lawatan dua calon kongres.

Calon kongres, Jones Donizette dan Ely Santos sedang melawat syarikat kontena Brazil, Multiteiner semasa sebahagian struktur konkrit dalam gudang itu runtuh.

Donizette dalam catatan Facebook berkata, beliau dan Santos berjaya diselamatkan, tetapi jabatan bomba tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya sembilan maut dalam runtuhan itu.

Jabatan bomba berkata, 31 orang berjaya diselamatkan, dengan 28 daripadanya dibawa ke beberapa hospital berdekatan.

Tetapi seorang jurucakap berkata, pasukan penyelamat percaya mungkin lebih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.