
Khamis lalu, ketua perkhidmatan kesihatan negara Afrika Barat itu berkata, ia melancarkan siasatan susulan peningkatan kes kerosakan akut buah pinggang kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah yang dikesan akhir Julai lalu.
Pengawal selia ubat yang dikenali sebagai Agensi Kawalan Ubat-ubatan (MCA) berkata, data tidak mencukupi untuk melaksanakan larangan ke atas sirap paracetamol, ubat tahan sakit yang sering digunakan untuk merawat demam dialami kanak-kanak.
Kanak-kanak terbabit mengalami simptom seperti tidak dapat membuang air kecil, demam, muntah sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Ia tidak menamakan sebarang jenama, tetapi berkata, beberapa sampel sudah dihantar ke luar negara untuk ujian kawalan kualiti.
Minggu lalu, pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, bukti menunjukkan bukan paracetamol, tetapi sumber berjangkit seperti air tercemar dan menekankan terdapat banyak persoalan belum terjawab.