Indonesia siasat kebocoran data kerajaan oleh penggodam

Indonesia siasat kebocoran data kerajaan oleh penggodam

Semakan awal mendapati data bocor itu berstatus umum dan bukan data spesifik yang terkini.

Sepanjang minggu lalu, penggodam dikenali ‘Bjorka’ mendakwa telah mencapai beberapa data milik kementerian termasuk surat milik Presiden Indonesia Joko Widodo.
JAKARTA:
Indonesia menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyiasat kebocoran sejumlah data milik tokoh masyarakat dan surat-surat yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Kominfo) Johnny G. Plate berkata pasukan itu akan dianggotai Badan Siber dan Enkripsi Negara, Kominfo, polis dan Badan Perisikan Negara (BIN).

“Mereka akan meneliti data yang beredar termasuk oleh penggodam, ‘Bjorka’,” katanya selepas mesyuarat bersama Presiden di Istana Merdeka, semalam.

Bagaimanapun, semakan awal mendapati data bocor itu berstatus umum dan bukan data spesifik yang terkini, kata Johnny.

Sepanjang minggu lalu, ‘Bjorka’ mendakwa telah mencapai beberapa data milik kementerian termasuk surat milik Joko Widodo serta surat dari agensi perisikan.

Sementara itu, Johnny berkata Kominfo masih menunggu jadual perbahasan di Parlimen mengenai rang undang-undang perlindungan data untuk memperkukuh infrastruktur keselamatan siber negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.