Korban gempa bumi Sichuan kini lebih 80 mangsa

Korban gempa bumi Sichuan kini lebih 80 mangsa

Wilayah Sichuan antara wilayah paling kerap dilanda gempa bumi di China.

Gempa bumi di Sichuan, China, telah memusnahkan rangkaian elektrik dan merosakkan beberapa kediaman serta infrastruktur. (Gambar AP)
BEIJING:
Angka korban akibat gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan di barat daya China telah mencecah 82 mangsa, manakala lebih 270 orang lagi cedera, lapor Sputnik, memetik China Central Television (CCTV).

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China merekodkan gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter, pada Isnin.

Gempa bumi itu telah memusnahkan rangkaian elektrik dan merosakkan beberapa kediaman serta infrastruktur.

Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan lebih 10,600 penduduk dari kawasan terjejas. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Wilayah Sichuan antara wilayah paling kerap dilanda gempa bumi di China.

Pada Mei 2008, gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter melanda kawasan terbabit hingga menyebabkan 87,150 orang terkorban atau hilang, manakala 374,000 lagi cedera dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal. Kerosakan infrastruktur dianggarkan melebihi 1 trilion yuan (US$144 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.