2 maut nahas pesawat tentera laut Indonesia

2 maut nahas pesawat tentera laut Indonesia

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai kejadian itu. (Gambar Facebook)
JAKARTA:
Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur, semalam, kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono, lapor Xinhua.

“Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut,” kata laksamana itu pada sidang akhbar.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai.

“Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini,” kata Margono.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.