46 maut dalam gempa bumi di China

46 maut dalam gempa bumi di China

Seramai 16 orang masih hilang, selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Sichuan.

Anggota penyelamat memindahkan mangsa merentasi sebatang sungai, selepas gempa bumi kuat melanda Wilayah Sichuan di barat daya China pada Isnin. (Gambar AP)
BEIJING:
Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh, manakala 16 lagi masih hilang, selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Sichuan di barat daya China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China memaklumkan gempa bumi pada kedalaman 16km itu melanda daerah Luding di Wilayah Autonomi Tibet Ganzi pada 12:52 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, lebih 50 orang dilaporkan cedera.

Presiden China, Xi Jinping menggesa “usaha menyelamat dipergiatkan untuk meminimumkan angka korban,” menurut laporan media tempatan.

Terletak di garisan sesar utama, Sichuan antara kawasan di China yang paling kerap dilanda gempa bumi kuat.

Pada 2008, seramai 69,000 orang terbunuh, apabila gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter melanda kawasan 80km dari Chengdu.

Pada 2013, gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter menggegarkan kawasan berhampiran bandar Ya’an yang meragut hampir 200 nyawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.