10 maut, 15 cedera dalam insiden tikaman di Kanada

10 maut, 15 cedera dalam insiden tikaman di Kanada

Polis berkata, insiden berlaku di 13 lokasi sekitar James Smith Cree Nation dan Weldon.

Dua suspek sedang diburu dan sekatan turut dilakukan di seluruh Saskatchewan, kata polis. (Gambar AFP)
OTTAWA:
Polis Kanada pada Ahad memaklumkan 10 orang maut manakala 15 yang lain cedera akibat ditikam di beberapa lokasi di Saskatchewan, Kanada.

Polis Diraja Kanada dalam sidang media mendedahkan insiden berlaku di 13 lokasi sekitar James Smith Cree Nation dan Weldon dan usaha memburu dua suspek sedang dijalankan.

Masyarakat setempat diminta terus berwaspada kerana kejadian ini dilihat antara insiden terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Amaran mengenai individu berbahaya turut dikeluarkan di wilayah berhampiran iaitu Manitoba dan Alberta.

Polis turut mengadakan sekatan dan pemeriksaan di seluruh Saskatchewan.

Kerajaan tempatan James Smith Cree Nation telah mengisytiharkan darurat, berkuat kuasa serta merta hingga 5 petang (2300 GMT) pada 30 Sept.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.