
Perhimpunan itu dianjurkan menjelang perarakan “Bharat Jodo Yatra” sejauh 3,500km dari Kanyakumari di selatan India hingga ke New Delhi yang akan diadakan, pada 7 Sept.
Beribu-ribu penyokong parti pembangkang itu berhimpun di New Delhi untuk mendengar ucapan pemimpin Parti Kongres Rahul Gandhi.
Beliau berkata, hanya ‘dua industrialis’ mengawal kekayaan dan media India, dan katanya perjuangan hari ini antara ‘dua India’ – satu adalah milik rakyat yang miskin, petani dan penganggur manakala satu lagi dikawal bilionair.
Rahul juga bimbang dengan ketegangan sosial, kebencian dan kemarahan yang semakin memuncak kerana perkara itu hanya akan menguntungkan musuh negara.