2 lagi wartawan mati ditembak di lebuh raya Colombia

2 lagi wartawan mati ditembak di lebuh raya Colombia

Kedua-dua mangsa adalah pengarah sebuah stesen radio dalam talian dan pengarah sebuah laman berita dalam talian.

Pihak berkuasa masih tidak jelas sama ada pembunuhan itu ada kaitan dengan profesion mangsa. (Gambar AFP)
BOGOTA:
Dua wartawan ditembak mati oleh penyerang bermotosikal di lebuh raya utara Colombia, kata polis semalam.

Leiner Montero, pengarah sebuah stesen radio dalam talian, dan Dilia Contreras, pengarah sebuah laman berita dalam talian, maut berhampiran bandar Fundacion ketika mereka pulang daripada membuat liputan perayaan santo penaung di sebuah kampung berdekatan.

Ketua Polis di Jabatan Magdalena, Andres Serna berkata, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus antara Montero dan beberapa individu lain.

“Selepas tindakan tidak bertoleransi ini, wartawan itu memutuskan untuk meninggalkan tempat itu bersama Dilia dan seorang lagi lelaki, tetapi mereka dibunuh dalam perjalanan pulang.

“Kami berjanji kepada penduduk Magdalena untuk menyelesaikan kes menyedihkan ini yang membabitkan dua wartawan amat dihargai dalam kalangan kesatuan, keluarga dan kenalan mereka secepat mungkin,” kata pegawai itu.

Walaupun pihak berkuasa masih tidak jelas sama ada pembunuhan itu ada kaitan dengan profesion wartawan, Yayasan Kebebasan Media menggesa kes itu disiasat segera dan kerja mereka diambil kira ketika siasatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.