India lancar kit ujian cacar monyet

India lancar kit ujian cacar monyet

Ia bagi membantu memudahkan proses saringan dan menghasilkan keputusan yang lebih tepat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam. (Gambar AP)
NEW DELHI:
India pada Jumaat melancarkan kit ujian RT-PCR buatan tempatan yang pertama bagi mengesan jangkitan cacar monyet, lapor Xinhua, memetik akhbar The Times of India.

Kit ujian itu dibangunkan Transasia Bio-Medicals Ltd dan dilancarkan di Zon Medtech di Andhra Pradesh.

Menurut laporan, kit ujian itu dapat membantu memudahkan proses saringan dan menghasilkan keputusan yang lebih tepat.

Pengerusi pengasas Transasia Bio-Medicals Suresh Vazirani berkata kit itu juga dapat membantu pengurusan jangkitan dan pengesanan awal dilaksanakan dengan lebih baik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.