Congo siasat kes disyaki Ebola, kata WHO

Congo siasat kes disyaki Ebola, kata WHO

Kes itu membabitkan seorang wanita berusia 46 tahun yang meninggal dunia di bandar Beni, salah satu pusat wabak dari 2018 hingga 2020.

Congo mencatatkan 14 cetusan wabak Ebola sejak 1976. (Gambar AFP)
DAKAR:
Pihak berkuasa kesihatan di Republik Demokratik Congo sedang menyiasat satu kes disyaki Ebola di timur negara itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Kes itu membabitkan seorang wanita berusia 46 tahun yang meninggal dunia pada Isnin di bandar Beni, salah satu pusat wabak Ebola dari 2018 hingga 2020 yang mengorbankan hampir 2,300 orang.

Wanita itu pada mulanya dirawat untuk penyakit lain tetapi kemudian menunjukkan gejala berciri Ebola, kata WHO dalam kenyataan.

Hutan tropika yang padat di Congo menjadi takungan semula jadi untuk virus itu yang menyebabkan demam, sakit-sakit badan, dan cirit-birit.

Congo mencatatkan 14 cetusan wabak sejak 1976, dan bulan lepas mengisytiharkan berakhirnya cetusan terbaru di barat laut Congo, yang menyebabkan lima kematian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.