
Ia bagi memperkukuh kekuatan tentera di Kyiv, menurut laporan Agensi Anadolu.
Memetik kenyataan Pentagon, pakej itu merangkumi pelbagai jenis peralatan canggih termasuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), dron Scan Eagle, kenderaan berperisai kalis periuk api yang dilengkapi sistem anti-radiasi dan peluru berpandu.
Peluru berpandu anti-radiasi lazimnya digunakan untuk menyasarkan sistem radar dan peralatan komunikasi.
Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaru dipercayai berlaku di bandar Belgorod Rusia pada Khamis yang dilaporkan menyasarkan kemudahan penyimpanan peluru.
Setakat ini jumlah bantuan ketenteraan Amerika ke Ukraine sejak Januari 2021 berjumlah USD$12.6 bilion dengan sejumlah besar disalurkan selepas tercetusnya konflik Rusia-Ukraine Februari lalu.