India sasar jadi negara maju 25 tahun lagi, kata PM Modi

India sasar jadi negara maju 25 tahun lagi, kata PM Modi

Menurut Bank Dunia, India adalah sebuah negara berpendapatan rendah dengan pendapatan perkapita sebanyak US$2,277 pada 2021.

Perdana Menteri India Narendra Modi, berkata menjelang ulang tahun seabad kemerdekaan negara itu daripada Britain, beliau mahu menyingkirkan ‘sebarang kesan pemikiran penjajah’. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Perdana Menteri India Narendra Modi berkata India mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Modi menyampaikan ucapan itu sempena Hari Kemerdekaan, serta menyeru para belia untuk terus berusaha mencapai matlamat negara yang luhur.

“Kita mesti menjadikan India sebagai negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang,” katanya.

Perdana menteri itu berkata, India akan menjadi pusat pembangunan “berpaksikan manusia” berdasarkan harapan dan aspirasi rakyat.

Modi menegaskan negara yang mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk perlu mengurangkan kebergantungan kepada negara lain untuk memperoleh bekalan tenaga dan perkilangan.

Selain daripada mencapai status negara maju, Modi turut berikrar untuk tempoh 25 tahun akan datang, sempena ulang tahun keseratus Kemerdekaan India daripada Britain, negara itu akan menyingkirkan “sebarang kesan pemikiran penjajah”.

Pada masa ini India adalah sebuah negara berpendapatan rendah, dengan pendapatan per kapita sebanyak US$2,277 pada 2021, menurut Bank Dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.