Ketua menteri negeri Bihar, India bentuk kerajaan baharu selepas tamatkan pakatan dengan BJP

Ketua menteri negeri Bihar, India bentuk kerajaan baharu selepas tamatkan pakatan dengan BJP

Nitish Kumar mengangkat sumpah jawatan sekali lagi sebagai ketua menteri di ibu negeri Patna pada Rabu.

Nitish Kumar menamatkan pakatan dengan BJP di tengah-tengah laporan perbezaan politik yang semakin meruncing. (Gambar Facebook)
NEW DELHI:
Ketua Menteri negeri Bihar, India, Nitish Kumar membentuk kerajaan baharu selepas menamatkan pakatan partinya dengan parti Perdana Menteri Narendra Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP).

Kumar mengemukakan peletakan jawatannya pada Selasa dan mengangkat sumpah jawatan sekali lagi sebagai ketua menteri di ibu negeri Patna pada Rabu.

Kerajaan baharu itu termasuk parti Janata Dal (United) pimpinan Kumar dan Rashtriya Janata Dal (RJD), kumpulan terbesar dalam Dewan Perwakilan Bihar.

Tejashwi Yadav dari RJD, berusia 32 tahun, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam pentadbiran baharu itu.

Kumar, 71, menamatkan pakatan dengan BJP di tengah-tengah laporan perbezaan politik yang semakin meruncing.

Bihar adalah negeri ketiga paling ramai penduduk di India dengan lebih 100 juta orang penduduk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.