13 maut dalam kejadian balas tembakan antara polis Mexico dan lelaki bersenjata

13 maut dalam kejadian balas tembakan antara polis Mexico dan lelaki bersenjata

Akibat pertempuran itu, 13 suspek penjenayah terbabit terbunuh manakala dua lagi penyerang telah ditahan.

Polis Mexico berjaya merampas senjata dan enam buah kereta dalam operasi itu. (Gambar fail)
MOSCOW:
Sejumlah 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Sputnik.

“Akibat pertempuran itu, 13 suspek penjenayah terbunuh, dua lagi penyerang telah ditahan,” kata polis dalam kenyataan.

Operasi khas di majlis perbandaran itu bermula selepas polis menahan dua wanita yang mengatakan mereka terlibat dalam pengebumian rahsia dan menunjukkan lokasi pengebumian itu kepada pegawai penguatkuasa undang-undang.

Semasa aktiviti mencari, pasukan petugas itu diserang lelaki bersenjata tidak dikenali yang cuba bersembunyi di dalam sebuah rumah. Semasa menyerbu bangunan itu, 10 lelaki dan tiga wanita terbunuh.

Polis berjaya merampas senjata dan enam buah kereta dalam operasi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.