Itali rekod cuaca paling panas tahun ini

Itali rekod cuaca paling panas tahun ini

Data dikeluarkan Institut Sains dan Perubahan Iklim Majlis Penyelidikan Kebangsaan (ISAC-CNR) mendapati suhu pada Julai melebihi purata 2.26 darjah Celcius.

Itali merekodkan suhu pada Januari hingga Julai adalah sekitar 0.98 darjah Celcius melebihi purata untuk tempoh sejak 1800.
ROM:
Bacaan suhu bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini direkodkan sebagai paling panas dan kering dalam sejarah Itali, menurut data dikeluarkan Institut Sains dan Perubahan Iklim Majlis Penyelidikan Kebangsaan (ISAC- CNR) pada Jumaat.

Suhu pada Januari hingga Julai adalah sekitar 0.98 darjah Celcius melebihi purata untuk tempoh sejak 1800, lapor Agensi Berita Itali (Ansa).

Sementara itu, suhu pada Julai telah melebihi purata 2.26 darjah Celcius.

“Jika 2022 berakhir sekarang, ia akan menjadi tahun paling panas pernah direkodkan.

“Julai 2022 mencatatkan suhu kedua tertinggi sejak bacaan mula direkodkan, kedua tertinggi selepas 2003, seperti yang berlaku pada Mei dan Jun,” kata pegawai ISAC-CNR Michele Brunetti kepada Ansa.

Tahun paling panas di Itali ialah 2018, apabila suhu mencecah 1.58 darjah Celcius melebihi purata.

Itali kini berdepan musim kemarau terburuk dalam beberapa dekad dan mengalami siri gelombang haba yang panjang.

Para saintis mendakwa kemarau dan gelombang haba menjadi lebih kerap kerana perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.