
Sumber itu berkata, Pena Nieto, yang menjadi presiden dari 2012 hingga 2016, ialah individu yang dikenal pasti sebagai “Enrique P” dalam satu kenyataan daripada Pejabat Peguam Negara semalam.
Reuters tidak dapat menghubungi Pena Nieto dengan segera untuk mendapatkan komen. Beliau sebelum ini menafikan sebarang salah laku apabila laporan siasatan oleh unit anti-pengubahan wang haram Mexico keluar bulan lepas.
Menurut kenyataan itu, Pejabat Peguam Negara sedang “membina prosedur penyiasatan” terhadap pelbagai jenayah persekutuan.
Katanya, siasatan terhadap pengubahan wang haram dan pindahan antarabangsa secara haram dijalankan susulan aduan pihak berkuasa cukai.
Pada Julai, unit anti-pengubahan wang haram Mexico meminta Pejabat Peguam Negara menyiasat pindahan wang bernilai jutaan dolar ke luar negara untuk Pena Nieto.
Dalam siri ciapan di Twitter pada masa itu, Pena Nieto berkata: “Saya pasti saya akan dibenarkan menjawab sebarang persoalan mengenai aset saya dan membuktikan kesahannya di hadapan pihak berkuasa yang kompeten.”